Tuesday 22 March 2011

Ubah Diri Sendiri Sebelum Mengubah Orang Lain

Kita terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah. Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah. Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah.Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah dirisendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia akan menjadi hampa.
            Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani membincangkan kelemahan dirisendiri. bagaimana kaedah mengubah
diri:
      I.        Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana mungkin kita mengajak orang berubah sedangkan kita tidak berubah.
    II.         Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil.Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar.Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
   III.        Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.
  IV.         Mulakan sekarang dan Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat.Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.


No comments:

Post a Comment